Thursday, January 16, 2014

Sotong Gergasi ditemui di Santa Monica

Baru-baru ini heboh diperkatakan di media bahawa sotong kurita sebesar 48-meter ditemui di pantai Santa Monica, California akibat dari kesan radioaktif kebocoran loji nuklear di Fukushima yang terjadi akibat gempa bumi 11 March 2011 di Jepun.


Kesan nuklear yang merebak sehingga ke pantai barat Amerika itu telah mengakibatkan sebahagian dari hidupan laut yang terdedah dengan kesan radioaktif ini bermutasi sehingga mengakibatkan perubahan dari segi genetik.

Namun, pada 10 January 2014, sebuah website tabloid lightlybraisedturnip.com telah memaparkan gambar sotong kurita sebesar 48-meter yang terdampar di pantai Santa Monica, California adalah akibat dari kebocoran nuklear di Fukushima. Laman web itu juga mengandaikan bagaimana jika ikan jerung 'jaws' yang terdedah kepada radioaktif, mungkin saiznya mencecah pencakar langit di Manhattan. Namun perlu diterangkan bahawa gambar yang dipaparkan adalah PALSU.


Gambar sotong kurita tersebut diambil dari laman sesawang livescience.com yang mengatakan saiz sebenar sotong kurita gergasi yang dijumpai di pantai Sepanyol aalah sepanjang 9 meter atau 30 kaki atau setinggi 3 tingkat bangunan (secara peribadi berdasarkan gambar saya sendiri kurang percaya saiz sotong di dalam gambar adalah sepanjang 9 meter).


Manakala gambar orang ramai disekeliling sotong kurita tersebut pula diambil dari gambar orang berkumpul di sekeliling ikan paus yang mati yang dijumpai di Chile pada 3 November 2011. (sumber 4thmedia.org)


Menurut sumber dari ocean.si.edu/, sotong gergasi memang wujud dan ia bukanlah sejenis kisah dongeng, dan ia boleh membesar sepanjang 13 meter atau setinggi bangunan 4 tingkat. Namun oleh kerana ia tinggal di laut dalam maka ia kurang dijumpai. Namun, setakat ini saintis masih belum menjumpai sotong kurita sebesar 48meter atau setinggi 15 tingkat bangunan.

No comments:

Post a Comment