Bukan sekadar itu, upacara pembukaannya juga boleh dikatakan antara paling meriah dan paling hebat dalam sejarah penganjuran olimpik. Ini menjadi cabaran bagi negara-negara selepas China yang akan menganjurkan sukan olimpik untuk membuat sesuatu yang akan menjadi kenang-kenangan kepada penduduk dunia terutama amnya kepada negara-negara barat dan khususnya kepada London pada tahun 2012 nanti.
2 tahun selepas itu, China sekali lagi menjadi hos kepada salah sebuah sukan yang kedua terbesar di dunia, Sukan Asia di Guangzhou. Sekali lagi, China bukan sahaja memukau Asia, tetapi dunia dengan sukan kali ini menampilkan kelainan dari perasmian pembukaan dan penutup di mana ia bukan dilakukan di dalam stadium mengikut tradisi tetapi dilakukan di atas pelantar besar yang dibuat di atas Sg. Kuning. Ia adalah kerana idea asal bandar Guangzhou itu sendiri 'hidup' kerana asalnya ia adalah tempat rehat pelayar-pelayar yang melayari Sg. Kuning.
Di selatan Asia pula, India baru-baru ini menganjurkan Sukan Komanwel, tidak dinafikan ia merupakan satu penganjuran sukan yang hebat, tapi dipenuhi dengan kontroversi. Runtuhan bumbung stadium, jejantas runtuh, kekotoran, dan berbagai-bagai lagi.
Mengapa? Apa yang menyebabkan India jadi begitu? Jika kita perhatikan dari segi geografinya, hampir tiada beza antara India dan China. Cuma India lebih kecil sedikit dan penduduknya kurang sedikit dari China. Selebihnya, sama... Ini bukanlah penilaian tentang bangsa, di mana ia tiada kaitan dengan bangsa cina atau bangsa india di Malaysia, tetapi ini adalah penilaian tentang negara.
Dalam satu rancangan yang ditayangkan di sebuah rangkaian di televisyen Singapura, mereka menemuramah seorang pakar sosial di sebuah Universiti terkemuka di India. Menurutnya, beza antara rakyat India dan China ialah di China, seandainya satu arahan diberi oleh ketua maka semua akan patuh pada arahan ketua tersebut tidak kira apa latar belakang orang yang menerima arahan tersebut, tetapi di India, jika arahan diberi, semuanya akan membuat hal sendiri berdasarkan kepandaian masing-masing. Ini yang menyebabkan susana berorganisasi di India menjadi kucar-kacir. Sebab itulah, arahan polis tidak dipatuhi, arahan pemerintah diabaikan dan konsepnya, "In India, all can"
No comments:
Post a Comment