- Paling cepat perkembangannya di dunia (dalam masa tidak sampai 200 tahun ia berkembang ke hampir ¼ dunia, untuk rekod tamadun lain di dunia adalah hasil dari perkumpulan manusia-manusia bijak di sesebuah bandar dan ini mengambil masa selama beberapa dinasti untuk kemajuan, berbeza dengan tamadun Islam yang dimajukan oleh hanya seorang insan agung
- Satu-satunya tamadun di dunia yang pemimpinnya tidak ego dan tidak mengharapkan diri dan keluarganya disanjung ( untuk rekod Firaun dalam Tamadun Mesir Purba menganggap dirinya sebagai tuhan dan Namrud dalam Tamadun Sumeria juga menganggap dirinya juga tuhan.
- Satu-satunya tamadun di dunia tanpa binaan megah (untuk rekod Mesir Purba – Piramid, Sumeria – Taman Tergantung Babilon
- Tamadun yang didokong oleh golongan hamba dan bukan golongan Artisan (Ini membuktikan yang memajukan bangsa adalah Allah S.W.T. bukan pemimpin seperti Rasullah kerana Muhammad juga bukan datang dari golongan artisan, Rasullah hanya manyampaikan)
Untuk 91 tahun, nama Melaka meniti di bibir di seluruh dunia, bermula dari empayar yang berasaskan samudera sehinggalah ke pelabuhan entreport (entreport bermaksud kapal-kapal tidak perlu belayar ke destinasi hanya meletak barang di gudang pelabuhan, dan apabila kapal dari pihak yang lagi satu datang dibelinya barang dari gudang tersebut – cth ; pedagang dari India datang ke Melaka dan meletakkan rempahnya di gudangnya di Melaka, apabila pedegang dari China datang mereka hanya mengambil dengan membayar sedikit cukai).
Di sebalik kelemahan dari segi teknologi, kemahiran berperang, Nusantara dengan pimpinan Melaka merupakan kawasan yang paling aman walaupun dengan sedikit pemberontakan dari Utara, Majapahit. Namun ini semua dapat ditangani dengan kebijaksanaan pemerintah Melaka (walaupun terdapat mungkin satu-dua pemerintah Melaka yang lebih banyak mengikut nafsu dari akal).
Nyatalah Melaka pada waktu itu merupakan pusat kegemilangan ekonomi, ilmu dan kewangan terkemuka dunia.
Satu lagi yang menjadi perhatian dunia adalah apabila Melaka dikatakan mempunyai system terbaik apabila setiap kapal yang memasuki pelabuhan Melaka dikatakan akan didatangi oleh Malim yang memdayung sebuah sampan. Tugas Malim tersebut adalah memastikan kapal-kapal tersebut berlabuh di tempat yang ditetapkan, tempat-tempat itu telah ditandakan dengan jamung-jamung (batang buluh yang dipacakkan di atas laut di mana terdapat obor di atasnya).
Malim akan memandu kapal-kapal tersebut supaya berlabuh di atas tempat yang telah ditetapkan. Apabila kapal telah berlabuh, Malim akan membawa Shahbandar ke atas kapal dengan sampan untuk memeriksa dan seterusnya menetapkan tujuan kapal tersebut berlabuh, adalah kerana ingin menurunkan barangan atau sekadar berlabuh sementara menunggun perubahan monsoon.
Seandainya sekadar ingin berlabuh, upah dikenakan. Tetapi jika ingin menurunkan barang di gudang, Malim akan memeriksa kedalaman kapal kerana muara Sg. Melaka yang cetek tidak memungkinkan semua kapal dapat memasuki muara. Kedalaman ini diperiksa dengan meletakkan batang kayu/buluh yang cukup tinggi sehingga mencecah dasar Sg. Melaka dan ditunjukkan kepada Nakhoda kapal terbabit, sekiranya Nakhoda kapal tersebut yakin dengan kedalaman tersebut, barulah kapal dibenarkan masuk. Sekiranya tidak, barang dipunggah di atas sampan sahaja.
Sekiranya nakhoda bersetuju untuk masuk ke muara, tali yang digunakan untuk merentangi Kuala Sungai Melaka akan ditarik. Tali ini berfungsi sebagai pengadang, ia merentangi Sg Melaka di bawah permukaan sungai (kira-kira 1 atau 2 meter di bawah permukaan Sg. Melaka, ia berfungsi sebagai penghalang sekiranya ada kapal-kapal besar untuk memasuki Kuala Sg. Melaka tanpa kebenaran namun membenarkan perahu-perahu kecil melepasinya. (sumber ini adalah berdasarkan lisan, tidak tertulis di mana-mana hikayat)
Sistem ini amat dikagumi dunia, setiap kapal yang berdagang merasa mereka aman dan bebas apabila mereka berada di dunia. Tambahan lagi jika mereka beragama Islam, Sultan-sultan Melaka bermula dari Parameswara (atau nama Islamnya Iskandar Syah), telah menjadikan Melaka sebagai pusat perkembangan Islam, ramai mubaligh-mubaligh India dan Arab menjadi Ustaz di sana.
Namun selepas Portugis menyerang Melaka pada 1511, perkara pertama yang dibuat oleh orang Portugis adalah kubu pertahanan yang dinamakan A-Farmosa. Ini adalah untuk menahan serangan dari saki-baki tentera kesultanan Melayu Melaka yang menyerang kembali. Serangan banyak dilakukan oleh Sultan Ahmad Syah yang berada di Ulu Bertam, Pahang dengan bantuan Utimuti Raja (keturunan India Muslim dari India saki baki pengikut Tun Mutahir) dan askar-askar Jawa (bantuan dari Majapahit). Namun pertahanan Portugis yang kuat tidak dapat dipatahkan.
Bermulalah satu era dimana boleh digelar era penjajahan yang berlarutan selama 435 tahun. Tidak dinafikan pada era inilah Tanah Melayu mula mendapat kemajuan kerana pada era inilah semuanya bermula :-
Pendidikan
- Kolej Raffles & Kolej Perubatan King Edward VII (nama lama bagi Universiti Malaya) ditubuhkan.
- Sultan Idris Training College ditubuhkan pada 1922
Pengangkutan
- Jalan Keretapi dari Taiping ke Kuala Sepetang pada 1885
- Jalan Keretapi dari Singapura ke Pulau Pinang pada 1909.
Banyak lagi pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh barat ke tanah melayu yang tidak dinyatakan di sini. Namun persoalan yang timbul di sini, kenapa tiada sejarah tentang kegemilangan atau kehebatan Tanah Melayu tertulis di dari tahun 1511 sehinggalah penentangan Malayan Union pada 1946 walaupun itu adala permulaan bagi segala-galanya di Tanah Melayu. Tidak dinafikan terdapat pahlawan yang berjuang menentang kependudukan Portugis, Belanda dan Inggeris, namun pemberontakan itu hanya setempat.
Ini adalah kerana, walau maju bagaimanapun tanah ini ia tetap di bawah pemerintahan barat. Tidak dinafikan bahawa walau bagaimanapun kemajuan yang dikecapi, kenikmatan yang dibawa oleh barat. Hakikatnya kita tetap dijajah.
Lebih mulia kita sewaktu zaman kegemilangan Melaka dahulu, kerana walaupun kita ketinggalan dari segi teknologi, namun peradaban kita masih tinggi ketika itu.
Signifikannya dengan dunia sekarang adalah kita terlalu memilih untuk berada hampir dengan ketamadunan berteraskan teknologi yang diunsurkan oleh barat, sebagaimana sejarah barat datang ke tanah melayu meletakkan teknologinya bukan untuk kegunaan orang-orang melayu tetapi untuk mengutip khazanah di negara ini untuk di bawa pulang.
Tak kisahlah mereka datang dengan nama apa sekalipun, Joint Venture, sub-kontraktor, Penasihat Teknikal, tujuan mereka hanyalah untuk mengutip khazanah kita dan mungkin jawapan paling tepat pada masa sekarang adalah kewangan kita.
Islam merupakan antara gaya hidup (disebut gaya hidup bukan agama kerana ia bukan sahaja agama tetapi melengkapi gaya hidup) yang paling tegas dalam menyatakan meminta bantuan teknikal samada dari segi budaya, ekonomi dan kejuruteraan dari pihak lain. Ini adalah kerana tiada bantuan dari pihak lain yang dihulurkan tanpa balasan. Islam menerapkan lebih baik kita menjalani hidup dalam keadaan Islam biarpun dikata mundur oleh sesetengah pihak dari asimilasi dilakukan dengan agama lain. Sebab itu Islam merupakan agama paling tegas menghalang penganutnya mengikut budaya agama lain, walaupun kita mengatakan isu integrasi nasional. Islam lebih menetapkan bahawa orang-orang Islam mestilah mempunyai lifestylenya tersendiri.
Namun dalam konteks sekarang, di mana jika dikatakan terlampau lama masyarakat Islam telah ketinggalan dari segi teknologi, untuk berpatah balik dan bermula balik ilmu dikaji dari peninggalan Ibnu Sina, Ibnu Rusyd dan lain-lain lagi ilmuwan Islam adalah agak konservatif, ini kerana ilmu-ilmu tersebut telah dipelajari oleh barat dan dari sana diperkembangkan sehingga sekarang ini.
Untuk membentuk tentera seperti Salahuddin Al-Ayubi boleh dikatakan agak susah zaman sekarang, ini adalah kerana semuanya mahu menjadi seperti Salahuddin Al-Ayubi, habis siapa yang mahu jadi tenteranya? Inilah yang dikatakan oleh Rasullah penyakit bukan mengharapkan akhirat tetapi hanya cintakan nama dan pangkat (dunia).
Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"
maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'
Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab," CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI".
Moral dan kesimpulan di sini ; Walau hebat mana kemajuan dan teknologi yang kita ada, seandainya kita dambakan pujian dari barat atau bukan Islam semata-mata nama, kita tidak akan tercatat dalam sejarah.
Dan jika anda mahukan nama dan pangkat, ikhlaskan diri, berjuang semata-mata kerana Allah kerana Allahlah yang akan mengangkat nama dan darjat kita. (baca dahulu perenggan di bawah)
Dan apabila kita telah ikhlas sepenuhnya, baru kita akan sedar anda tidak perlukan lagi nama dan pangkat di sisi manusia kerana anda akan serahkan semuanya pada Allah.
No comments:
Post a Comment