Salji yang turun di kebanyakan utara dunia melibatkan negara seperti Mesir, Palestin, Syria, Lubnan, Utara India, Vietnam Selatan China ini banyak mengejutkan saintis kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Oleh kerana perkara ini berlaku secara mengejut, maka ramai yang mengaitkannya dengan kejadian kiamat.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa salah satu tanda-tanda kiamat adalah semenanjung arab (jazirah arab) akan dipenuhi padang yang hijau dan sungai-sungai.
Untuk rekod ada 18 negara di dunia tanpa sungai, dan 7 darinya adalah negara di semenanjung arab. selainnya adalah negara-negara kecil serta negara-negara pulau. (sumber wikipedia)
Juga tidak dinafikan bahawa kehadiran salji ini akan membawa kepada kesuburan tanah serta penanaman tumbuh-tumbuhan akan direalisasikan. Adakah ini bermakna kiamat akan terjadi?
Kiamat akan terjadi, walau apa pun yang terjadi, setiap tanda-tanda samada kecil atau besar pasti akan terjadi. Semenjak kewafatan Rasullah S.A.W, detik tanda-tanda kecil kiamat telah bermula, cuma manusia masih menunggu bilakah mulanya tanda-tanda besar itu? iaitu dikatakan bermula dengan terbitnya matahari dari arah barat.
Cuma yang menyayat hati ialah apabila terdapat umat manusia, atau lebih-lebih lagi umat Islam yang dikatakan mempunyai 'ilmu' yang lebih tinggi dari Rasullah S.A.W dengan meramalkan bilakah terjadinya hari kiamat dengan berdasarkan jurnal-jurnal yang dikeluarkan oleh pihak saintis.
Tidak dinafikan, saintis membuat kajian mengenai ancaman-ancaman tertentu mengenai bencana alam, ancaman dari angkasa atau mungkin ledakan nuklear. Ini adalah salah satu cabang ilmu dan mereka mengeluarkan tarikh-tarikh tertentu sebagai langkah berjaga-jaga atau untuk kajian lebih mendalam oleh saintis lain.
Di barat, apabila seseorang saintis mengeluarkan satu kenyataan contoh ; satu gempa bumi besar akan terjadi di Amerika pada tarikh sekian, maka kajian demi kajian akan dijalankan dan ini akan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Ini yang sepatutnya terjadi, tidak salah sekiranya kita membuat kajian mengenai sesuatu bencana dan meletakkan tarikh, cuma jangan tarikh itu diletakkan seolah-olah melawan ketetapan Allah. Kita manusia dan hanya merancang , malahan saintis di barat pun apabila meletakkan tarikh pada sesuatu bencana walaupun dengan fakta sains, fakta itu biasanya akan disanggah oleh saintis lain dengan fakta yang lebih tepat, disitulah perkembangan ilmu akan berlaku.
Kita banyak percaya kepada kajian sesuatu saintis itu sebagai itulah tarikh kiamat akan terjadi, sedangkan itu hanya sangkaan manusia, Rasullah S.A.W sendiri pun tidak mengetahui dengan tepat bilakah akan terjadinya kiamat. Kita takut kepercayaan kita kepada ramalan saintis tersebut akan membawa kepada syirik.
PERUBAHAN PAKSI BUMI
Baik, kembali kepada perubahan paksi bumi, kajian telah dijalankan dari tahun 1600-an mengenai perubahan paksi bumi dan memang betul PAKSI BUMI MEMANG BERUBAH dan perubahan paling ketara terjadi sejak 2010 sehingga sekarang. Namun perubahan paksi bumi menunjukkan perubahan yang tidak sekata.
Menurut teori, perubahan paksi bumi memang akan sentiasa terjadi semenjak kejadian bumi itu sendiri. Kenapakah ianya terjadi, ini adalah diakibatkan dari perubahan rupa bentuk bumi yang sentiasa berubah. Kejadian gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, perubahan gunung-ganang telah menyebabkan bumi terpaksa menukar rentak pusingan untuk menyeimbangkan keadaan alam.
Gambar di atas menunjukkan perubahan paksi magnetik bumi (kutub utara benar) bumi yang kerap bertukar dari tahun 1600 sehingga 2007 dan sehingga sekarang ia masih menuju lagi menuju ke atas (atau dalam peta dunia ke Rusia). Kita mempelajari bahawa bumi kita senget 23 darjah dari paksi utara dalam peta, sebenarnya fakta ini berubah-ubah mengikut tahun.
Sebenarnya fakta yang agak mengejutkan semenjak tahun 2000, paksi utara bumi telah berubah dari utara Canada dan kini bergerak dengan amat pantas sekali ke Rusia pada kadar 40km setahun. Ini menyebabkan semua negara bermuila dari England dan Morocco sehingga ke China dan Jepun terangkat sedikit ke utara dan menyebabkan sesetangah kawasan mendapat salji dan negara Amerika pula sedikit menurun di mana terdapat kawasan yang biasanya turun salji kini tidak lagi.
Adakah ini merbahaya? Merbahaya bagi kita manusia bagi kita namun bagi bumi ini ia adalah cara untuk beradaptasi kepada perubahan yang berlaku di sekitarnya. Sebagaimana gempa bumi untuk melepaskan tekanan berlebihan di perut bumi manakala taufan untuk melepaskan tekanan udara berlebihan di muka bumi.
APA AKAN TERJADI SEKIRANYA PAKSI BUMI TIDAK BERUBAH.
Bumi bukannya bulat seperti bola, terdapat gunung-ganang, lautan, batu-batuan pelbagai jenis dan ketumpatan. Itu hanya di kerak bumi di mana kita tinggal, namun di perut bumi jenis batuan lebih banyak, maka sudah pastilah terdapat bahagian bumi yang lebih berat daripada bahagian bumi yang satu lagi. Jadi aturan Allah supaya bumi kekal di tempatnya adalah bumi ada fungsi untuk memperbaiki dirinya sendiri apabila terjadi masalah. Jadi permasalahan ketidakseimbangan berat diatasi dengan mengubah sedikit paksi bumi. Seolah-olah balancing tayar. DImana jika tayar tidak seimbang, mekanik akan menambahkan besi di permukaan tayar (seperti dalam video). Kita terbalikkan proses ini dan bayangkan jika besi itu(gunung-ganang) memang sentiasa ada di tayar (bumi). Bagaimana ingin menyeimbangkannya, dengan mengubah pusat gravity tayar tersebut dari tengah ke kiri atau kanan, begitu juga dilakukan oleh bumi sekarang ini.
Sekarang kita bayangkan kalau tidak ada perubahan dilakukan oleh bumi, pusingan bumi mungkin tidak sekata, dan lama kelamaan bumi akan terpelanting dari orbitnya, samada ke matahari atau jauh dari matahari.
JANGKAAN PADA MASA HADAPAN
Sekiranya perubahan ini masih tidak berubah, dijangkakan pada tahun 2055 kutub utara bumi akan berada di Siberia. Dan apa akan jadi pada Malaysia, saya jangkakan kawasan utara Malaysia akan mengalami 4 musim dan Garisan Khatulistiwa akan turun ke utara Australia.
Tetapi, ini hanya ramalan, mungkin juga kutub utara akan kembali semula ke utara Canada atau Rusia atau mungkin juga ke Kutub Utara sebenar, persoalannya tiada seorang pun saintis dapat mengagak secara benar apakah akan terjadi pada masa hadapan.
Persoalannya pada umat Islam, adakah ini tanda-tanda kiamat, seperti saya katakan tanah arab akan dipenuhi kebun-kebun dan sungai-sungai mungkin akan terjadi, selain dari itu tidak tertulis dalam mana mana hadis atau nas jadi saya tidak berani mengatakan perubahan paksi bumi adalah tanda kiamat dan lebih-lebih lagi saya tidak berani mengatakan bahawa kiamat akan terjadi pada tahun 2050 atau mana- tahun sekalipun.
No comments:
Post a Comment