Ada yang solatnya banyak, tapi amalan lainnya kurang.........
Ada yang solatnya sikit, tapi amalan lainnya banyak.......
Macamana tu? Perlukah kita mengatakan bahawa orang yang solatnya sikit, atau kurang sempurna tu baik atau alim kerana amalan lain seperti sedekah, berbuat baik kepada orang lainnya banyak...
Semua dari kita mengetahui bahawa solat itu tiang agama. Tetapi, ada sesetengah orang yang kita lihat tidak bersolat, tetapi bercakap mengenai hal agama melebihi dari orang yang rajin solatnya. Adakah ia seorang yang alim??
Namun, ada sesetengah dari kita yang banyak solatnya, tetapi masih mengata, mengumpat, menabur fitnah.... Alimkah dia??
Solat itu amat-amat penting dalam Islam, ia tunggak kepada agama. Solatlah akan dihisab mula-mula sekali
Sebuah hadith dari A li RA bahawa Rasulullah SAW bersabda
“Sesungguhnya amal seseorang yang pertama akan ditanya diakhirat nanti ialah adalah solatnya jika solatnya diterima maka amalnya yang lain juga diterima ,dan jika solatnya ditolak maka amalnya yang lain akan ditolak."
Ini bermakna, jika boleh diertikan dengan peperiksaan SPM, Subjek Bahasa Malaysia menjadi prasayarat. Jika subjek Bahasa Malaysia lulus, penilaian akan dilakukan ke atas subjek-subjek yang lain, adakah markahnya memungkinkan dia memasuki Universiti, jika subjek-subjek lainnya memenuhi kriteria, ia akan dimasukkan ke Universiti, jika tidak, walaupun subjek Bahasa Malaysia cemerlang, belum tentu ia akan dimasukkan ke Universiti. Ini seertilah dengan orang yang bersolat, tetapi menabur fitnah, dengki dan lain-lain sifat mazmumah.
Manakala, Jika subjek Bahasa Malaysia kita gagal, walaupun subjek-subjek lain cemerlang, tetap kita tidak akan masuk ke Universiti. Ini kerana Bahasa Malaysia adalah prasyarat lulus untuk masuk ke Universiti. Seperti orang yang baik, nampak alim, tetapi tidak bersolat. Tiada gunanya.
No comments:
Post a Comment