Monday, January 31, 2011

Usah Tolak Buta Tuli.

Dalam praktis perbankan Islam masa kini, secara jelas boleh dinyatakan bahawa 70% pelanggan yang menggunakan khidmat perankan Islam di beberapa bank tempatan di negara kita adalah pelanggan yang bukan beragama Islam.

Malah statistik yang hampir sama juga pernah dikeluarkan oleh bank2 Islam lainnya yang menyatakan kebanyakan pelanggan mereka adalah daripada pelanggan berbangsa Cinadan bukanlah pelanggan Melayu.

Jadi, mengapakah situasi inin berlaku. Mengapa pula ramai pelanggan bukan Islam yang memilih untuk menggunakan khidmat perbankan Islam?

Pastinya ada segelintir akan menyatakan bahawa kumpulan itu lebih banyak terbabit dalam urusan perniagaan dan kerana itulah mereka banyak berurusan dengan bank.

Mungkin ada benarnya pandangan spontan ini, namun orang Cina yang disebut ini bukan hanya melanggan produk perbankan Islam berkaitan dengan pembiayaan korporat sahaja, malah mereka juga menggunakannya untuk pembiyaan perumahan, kereta dan lain-lain produk.

Jelas di sini, kesemua produk yang digunakan mereka ini tergolong dalam kategori produk perbankan pelanggan dan peruncitan yang bersifat sebagai kegunaan individu dan bukannya untuk tujuan perniagaan.

Persoalannya, ke manakah perginya individu beragama Islam khususnya dalam negara kita yang majoritinya beragama Islam.

Jika tidak bercanggah dan boleh membawa kebaikan, kita sepatutnya menyokong dan bukan menentang secara buta. Jika benarlah terdapat mereka yang menolak perbankan Islam hanya kerana ia adalah anjuran dan dimulakan oleh pihak kerajaan yang berlainan dengan partinya, maka ia adalah satu sikap yang patut dikesali.

Petikan dari artikel yang ditulis oleh Zaharuddin Abdul Rahman, bertajuk Usah Tolak Buta Tuli, dalam Metro Ahad, Ekspresi, An-Nur bertarikh 28 Januari 2011.

No comments:

Post a Comment