Sekarang kemana saja kita pergi kita akan Nampak lambang 1Malaysia. Saya faham itu satu konsep yang baik, pedulikan apa kata orang mengenai ia berasal dari Israel atau Barat sebab ayat 1Malaysia dan OneIsrael terlalu umum. Adakah jika anak saya mengatakan 1+1 =2 dan ada seorang anak Israel mengatakan 1+1 = 2, saya dikatakan mengikut Israel? Ia adalah satu pernyataan yang sangat umum…
Saya mungkin tidak memahami secara 100% konsep 1Malaysia, Cuma apa yang saya tahu, menurut PM, Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, “1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia”. Itu satu konsep yang bagus.
Menurut konsep 1 Malaysia, ia bukanlah satu konsep baru, tetapi pelengkap dan pemacu kepada konsep Wawasan 2020 yang telah sedia ada. Wawasan2020 tidak akan berjaya tanpa perpaduan, dan perpaduan tidak akan berjaya tanpa mengamalkan teras yang terdapat dalam 1Malaysia.
Apakah teras perpaduan itu?
Secara ringkasnya, teras itu mengandungi 3 nilai-nilai utama yang apabila diamalkan akan membuatkan kita menerima prinsip-prinsip kenegaraan dan keadilan social. Apakah nilai-nilai itu?
- Hormat-Menghormati
- Rendah Hati (Tawadhuk)
- Kesederhanaan
- Berbudi Bahasa
Apabila semua ini telah wujud dalam diri masing-masing, kita akan dapat mencapai konsep 1Malaysia seperti yang diingini. Namun itu belum cukup, untuk melengkapi sesebuah negara untuk mencapai Negara maju, kita perlu ada teras aspirasi.
Apakah teras aspirasi itu :
- Budaya Berprestasi Tinggi
- Budaya ketepatan
- Budaya Ilmu
- Integriti
- Ketabahan
- Kesetiaan
- Kebijaksanaan
- Budaya Inovasi
Ini satu konsep yang bagus bukan?? .Di atas kertas, semua itu boleh dicapai, tapi realitinya?
Pada hemat saya, ia boleh dicapai tapi dengan satu syarat.
Syaratnya telah digariskan sejak 31 Ogos 1970 lagi oleh MAGERAN. Ia telah digariskan dengan begitu teliti sehingga seandainya seseorang rakyat Malaysia menurutinya mengikut aturan yang betul, apa sahaja prinsip yang diletakkan oleh kerajaan, walau siapa pun Perdana Menterinya, ia akan dipatuhi.
Prinsip itu dinnamakan Prinsip Rukun Negara;
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan undang-undang
- Kesopanan dan kesusilaan
1)Saya amat mengkagumi aturan ini sehinggakan saya mampu menulis kesemua prinsip-prinsip ini tanpa melihat rujukan (dengan menghafal);
Namun, persoalannya, adakah kita (rakyat Malaysia) meletakkan prinsip Rukun Negara ini di depan apabila bercakap soal prinsip yang lain. Jawapannya, TIDAK SAMA SEKALI.
Mungkin kita akan marah bila dikatakan sedemikian, tetapi sedar atau tidak. Kita taat pada prinsip Rukun Negara tetapi tidak mengikut aturan.
Kita sayangkan prinsip yang kedua,
kita mahukan perlindungan dari prinsip ketiga,
kita mahu prinsip keempat ditegakkan,
kita mengidamkan prinsip kelima,
Tapi kita mengabaikan prinsip pertama.
Saya petik rangkuman dari prinsip yang pertama ; Kepercayaan kepada tuhan
“Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang KUKUH kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan BANGSA dan NEGARA ini sebagai satu BANGSA dan NEGARA yang BERDAULAT. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan PENTINGNYA AGAMA dan kepercayaan kepada Tuhan dalam KEHIDUPAN MANUSIA. KETIADAAN AGAMA BOLEH MERUNTUHKAN KEPERIBADIAN SESEORANG DAN JUGA SESUATU BANGSA DAN NEGARA. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.”
Cuba kita perhatikan perkataan yang dibesarkan hurufnya (maaf kalau kesilapan penggunaan huruf besar/kecil), amati betul-betul. Kita lihat apa yang direncanakan pada tahun 1970, terjadi pada sekarang. Sejarah berulang bukan? Bukankah kita sekarang lebih mementingkan kesukuan dan bangsa dengan mengenepikan agama. Apakah kita akan jadi?? Apakah kita mahu jadi?? Penderhaka Rukun Negara??
Usah kita bicarakan pasal Prinsip yang kedua, ketiga, keempat dan kelima. Seandainya kita langsung kita tidak hormati yang prinsip yang pertama.
Apa yang saya ingin bicarakan di sini adalah penekanan penggunaan 1Malaysia sebagai satu ‘pelaris’ sahaja. Sebagai contoh orang menggunakan tanda agama sebagai ‘pelaris’ sahaja tanpa menghayati maksud sebenar penggunaannya.
Saya bagi contoh paling mudah. Ada diantara kita yang menganggap Kaabah sebagai satu tempat sembahan dan membuat Kaabah seperti tempat-tempat suci dalam agama yang lain, kain kelambunya dianggap keramat, jika tidak dapat mencium Hajarul Aswad dianggap tidak berkat…. Namun ada sesetengah dari kita yang mengatakan Kaabah adalah sebuah binaan yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan Allah S.W.T menjadikan ia sebagai ‘physical point of devotion’. Ia tidak keramat dan tidak mempunyai apa-apa keajaiban kerana yang mempunyai dan memberikan keajaiban adalah Allah S.W.T itu sendiri. Tidak ada keramat pada kelambu, batu Hajarul-Aswad tanpa izin Allah dan semua perkara itu sia-sia sendainya Allah tidak mewajibkan atau meletakkan ia pada perkara sunat.
Ini seerti dengan apa yang terjadi di sini, kita lebih melihat konsep 1Malaysia sebagai ‘pelaris’. Samada ‘pelaris’ perniagaan, ‘pelaris’ seandainya ada ahli politik melawat atau ‘pelaris’ untuk ‘steal the limelight’ dari orang-orang kenamaan. Kita tidak memahami konsep sebenarnya. Samada saya, anda atau kita semua sama.
Abu Bakar as-Siddiq, Umar Ibnu Al-Khattab, Uthman Ibn Affan, Ali bin Abi Talib tidak membawa konsep yang baru sebaliknya meneruskan kesinambungan daulatkan agama Islam dan meneruskan legasi sunnah Rasullah S.A.W. Namun, bukanlah hak saya untuk membenci melihat logo, lambang atau tanda 1Malaysia ini, Cuma sedikit ingatan bagi rakyat yang terlampau taksub kepadanya…. Ada yang sanggup bersengkang mata demi untuk menjayakan (tempat kosong) 1Malaysia. (sengaja saya letak tempat kosong kerana sekarang dah macam-macam 1Malaysia, jelajah 1Malaysia, kembara 1Malaysia dll), namun berapa ramai yang tinggal Maghrib, Isyak dan Subuh dalam mengerjakannya??
Kepada orang-orang yang sebegini, ingatlah kita sedang mengingkari Prinsip Rukun Negara yang pertama, kita adalah warga negara Malaysia yang derhaka…. Dan lebih penting, kita mengingkari Allah.
Sewaktu saya menaip artikel ini saya mendapat berita bahawa Jepun dilanda gempa bumi bermagnitud 8.9, tiada siapa tahu dimana pula selepas ini mungkin Papua New Guinea, New Zealand kembali, Chile, Myanmar , Iran atau Indonesia…… Namun takziah diucapkan kepada semua mangsa. Kebanyakan negara-negara hebat adalah negara yang mempunyai bencana alam seperti Iran, Amerika, Jepun, Korea manakala negara-negara yang tiada bencana alam sering berlaku perang saudara seperti di Afrika, negara-negara Arab dll. Kalau kita memandu dan mengharapkan 4 tayar kenderaan kita yang akan menyelamatkan kita, bila-bila masa saja kesemua tayar tu boleh memusnahkan kita, haraplah kepada Allah dan jika kita berjalan di atas plat tektonnik yang fragile ini menyelamatkan kita, plat inilah yang akan membinasakan kita nant, haraplah kepada Allah.
Berbalik kepada cerita asal 1Malaysia tadi, semua ini samada prinsip teras perpaduan (rujuk sifat hormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan dan berbudi bahasa) hanya dan hanyasanya boleh dicapai dengan memahami betul-betul prinsip pertama rukun negara.
Kami sayangkan negara kami, tetapi kami lebih sayangkan agama kami (mematuhi prinsip rukun negara yang pertama)