Thursday, February 17, 2011

Cita - cita

Cita-cita harus ada asasnya. Cita-cita bukan halunisasi; ia harus ditunjangi oleh prasyarat dan pembolehubah tertentu. Itu pandanganku.

Umpamanya, jika seseorang itu berada dalam aliran Sastera yang lemah Matematik dan Sains, masakan dia boleh menganyam cita-cita untuk menjadi seorang mahasiswa perubatan atau kejuruteraan.

Jika seseorang itu bencikan bidang politik dan tidak mahir berdebat, apatah lagi beretorika melalui hujah-hujah bernas, lagi kaya dengan kemahiran komunikasi memujuk, masakan ia boleh mengelabang cita-citanya sebagai Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya politikus.

Banyak pembolehubah yang seharusnya selari dengan cita-cita. Faktor masa, latar belakang, ekonomi, persekitaran, latar belakang, umur, pendidikan dan lain-lain lagi, semuanya memberi kesanpada penggarapan cita-cita itu...

(dipetik dari Majalah Mastika keluaran Februari 2011, artikel bertajuk 'Aku insan yang tiada cita-cita!' karya Dr. Rahmat Ghazali.)

Friday, February 11, 2011

Riba Al-Qardh popular

.....
Hal ini boleh berlaku dalam situasi apabila pengantin lelaki dan wanita bersetuju bahawa pihak lelaki akan hadir dengan tujuh dulang hantaran bernilai RM10,000 manakala pihak wanita bersetuju dengan balasan 9 dulang bernilai RM13,000.

Dalam konteks ini masih berlaku syubhah riba Al-Qardh jika kedua-dua pihak bersetuju atas nilai harga tertentu iaitu RM10,000 berbalas RM13,000.

Namun jika kedua-dua pihak tidak berpakat berkaitan harga dan hanya menentukan jumlah dulang hantaran semata-mata, ia adalah harus.

Yang menjadiukannya haram adalah persetujuan wang berbalas wang yang lebih banyak.

Petikan dari artikel An-Nur dalam segmen Ekspresi dari suratkhabar Metro bertarikh 16 Januari 2010 tulisan Ust. Zaharuddin Abd. Rahman.

Tuesday, February 8, 2011

Drama Swasta

Watak
Ayah - Parti Pemerintah (samada BN/PR yg memerintah sesebuah negeri.
Ibu - Parti Pembangkang (samada Pakatan Rakyat/BN yg menjadi pembangkang di negeri PR.
Anak-anak - Rakyat jelata.
Peguam - Rakyat jelata dari golongan marhain
Mahkamah - Pilihanraya

Situasi
Ayah dan Ibu yang pada asasnya sayang -menyayangi antara satu sama lain kini rumahtangganya berantakan. Anak-anak terpinga-pinga mencari haluan.

Lokasi
Di dalam rumah - di dalam negara/negeri.
Plot 1

Ibu : Awak tengok sekarang, awak sebagai ayah sepatutnya memberikan yang terbaik untuk anak-anak, Ini tidak, awak gunakan duit sepenuhnya untuk kegunaan awak. Sekarang anak-anak dah terabai.
Bapa : Saya gunakan duit untuk kebajikan anak-anak kita, awak cuma tahu komen aje. Habis awak tu, bukan gunakan duit untuk joli sana, joli sini.....
Ibu : Saya tak peduli, itu duit anak-anak, awak kena adil, lebih baik awak beri duit tu pada saya. Saya akan bahagikan duit tu pada anak-anak kita.
Bapa : Apa buktinya??
Anak-Anak : ... (tergamam memerhatikan ayah dan ibu mereka bergaduh)

Plot 2

Ayah : Anak-anak, nanti kalau mahkamah cakap nak tinggal dengan siapa, cakap nak tinggal dengan ayah tau, ayah ada banyak duit, ayah boleh berikan baju baru, mainan baru...

Ibu : Anak-anak, walaupun ibu tidak berduit, bukankah selama ini Ibu yang menjaga kamu, walaupun ayah tak pernah nampak, tapi bukankah ibu yang menolong kamu meminta duit dari ayah kamu, nak harapkan ayah kamu, dia lebih pentingkan dirinya sahaja.

Anak-anak : ... (sekali lagi tergamam tanpa bicara, mana patut dipilih, ayah yang boleh berikan baju baru, mainan baru; atau ibu yang banyak membelanya)